Wednesday, May 4, 2011

Oh Blogspotku Yang Comel

Tajuk pun dah macam awek tulis blog. Bila masuk blog ni rasa macam dah lama sangat tak singgah. I miss u blogspot. Bila tengok balik blog ni rasa macam comel pun ada dah macam owner blog ni huhu. Sesekali teringat di awal blog ini dibina, bukan main semangat lagi Sharul buat. Sharul? haha, kat blog ni mesti guna Sharul sebab ini bukan nizamghazi punya blog okay. Sekarang 03:29 am, masa yang sangat sesuai untuk menulis.

Dulu bukan main perah otak macam mana nak bagi lawa blog ni terutama di bahagian banner sampai tak cukup tidur kot. Kalau boleh nak letak widget banyak-banyak bagi meriah sikit blog sampai loading pun jadi berat. Serius bila singgah blog ni rasa sunyi sepi sendiri sangat. Ntah ada orang singgah ke tak, kalau singgah pun mungkin tersesat dari search google. Maklumlah dah lama tak update dan mungkin orang fikir owner dia dah berkubur.

Thursday, March 31, 2011

Wordpress Kembali Beraksi

Peeeeeerghhhhh!! Fuuuuuuuhh!!!..eh Alhamdulillah lah sebut. Sharul kali ni betul-betul gembira kerana blog wordpress sharulnizam.wordpress.com yang hampir 2 tahun lebih terkubur begitu sahaja kerana terlupa password/email telah kembali ke pangkuan Sharul akhirnya sebentar tadi . Ini semua gara-gara terlalu banyak sangat email(pasword pun suka tukar sebab bajet memory kepala ni power) dan asyik sangat main myspace masa dulu. Dulu facebook tak top lagi, myspace kot.

Tuesday, March 29, 2011

20 Jenis Handwritten Fonts Terbaik

Bagi sesiapa yang meminati typography dan ingin mencari font yang nampak cool, ini merupakan hadiah terbaik untuk korang. Sharul nak share font-font yang bertulisan tangan yang memang sangat stylolah kalau nak buat web designing/graphic/photoshop atau untuk blog seperti banner dan sebagainya. Jadi tunggu apa lagi, download sekarang and don't forget to say thanks yaaww.