Sunday, March 13, 2011

Anime tertangguh kerana Tsunami

Seperti yang Sharul jangkakan beberapa anime dari Japan terpaksa ditangguhkan buat seketika akibat bencana tsunami di sana. Maklumat ini Sharul dapat dari sebuah blog darklegends60mb yang merupakan platform favourite (dari dulu lagi) yang selalu Sharul masuk untuk download anime-anime terbaik dari Japan. Kelainan darklegends60mb berbanding web atau blog-blog lain adalah blog tersebut telah convert saiz-saiz anime menjadi kecil. Sebagai contoh, jika korang sedut dekat Taka fansub, contohnya untuk download Naruto Shippuuden, saiz di sana masih raw iaitu dalam 170MB dan keatas, tetapi di darklegends60MB saiz yang dorang provide dikecilkan menjadi 60MB, so boleh jimat masa download dan HD korang.

Berbalik kisah mengenai penangguhan anime, Sharul sebenarnya agak rindukan watak dan cerita-cerita dalam anime yang Sharul sukakan. Ini kerana dengan adanya anime ini hidup Sharul menjadi lebih ceria dan bermakna sebagai seorang manusia paranoid. Pernah suatu ketika dulu Sharul berharap akan dapat hidup di dalam dunia anime bersama watak-watak kesayangan Sharul. Sharul rasa, sure ada dikalangan yang membaca program Sharul ni pernah terfikirkan perkara yang sama. Ini boleh dibuktikan dengan kewujudan event Cosplay yang dimana mereka sanggup dan suka meniru penampilan watak kesayangan mereka, tapi Sharul belum sampai tahap tu lagi lah, kalau ada pun Sharul tak tahu mana satu watak yang sesuai dengan gaya dan muka Sharul.
Jika korang ada melayari Youtube atau membaca mana-mana artikel di Internet, pasti korang akan terjumpa statement mengenai tsunami disebabkan kuasa Whitebeard (Tremor-Tremor fruit) atau Blackbeard yang mengambil kuasa Whitebeard. Bila baca rasa macam nak cakap (a' ah betul jugak), sebab Whitebeard dalam Anime One Piece mempunyai kuasa menghasilkan tsunami. Tapi Sharul bukanlah percaya, just hanya untuk suka-suka hanya kerana menghilangkan rasa duka penangguhan anime ini. Antara anime-anime favourite Sharul termasuklah One Piece, Naruto Shippuden, Bleach, Amagami, FMA, Ergo Proxy dan banyak lagi lah yang tak mungkin larat Sharul masukkan semuanya. Tapi Sharul yakin penangguhan ini takkan begitu lama kerana orang Japan sangat berdisiplin, mereka cepat bangkit walaupun negaranya pernah musnah di bom suatu ketika dulu, gempa bumi sana sini namun mereka tetap cepat membangun. I just want to say that I miss you all. Thanks you for being my good friend over the years, I will wait for you all no matter how long it was. I promise.


9 comments:

  1. So touching when read ur article

    ReplyDelete
  2. Sharul, awk buat saya gembira dan tenang
    bila baca blog awk

    ReplyDelete
  3. @madiah : terima kasih, teruskan membaca

    ReplyDelete
  4. Statement awk yang last dan video lagu tu
    buat saya sedih

    ReplyDelete
  5. Boring kalau anime takda

    ReplyDelete
  6. Betul2. anime tak keluar dah rasa macam
    bosan gila2

    ReplyDelete