Wednesday, May 4, 2011

Oh Blogspotku Yang Comel

Tajuk pun dah macam awek tulis blog. Bila masuk blog ni rasa macam dah lama sangat tak singgah. I miss u blogspot. Bila tengok balik blog ni rasa macam comel pun ada dah macam owner blog ni huhu. Sesekali teringat di awal blog ini dibina, bukan main semangat lagi Sharul buat. Sharul? haha, kat blog ni mesti guna Sharul sebab ini bukan nizamghazi punya blog okay. Sekarang 03:29 am, masa yang sangat sesuai untuk menulis.

Dulu bukan main perah otak macam mana nak bagi lawa blog ni terutama di bahagian banner sampai tak cukup tidur kot. Kalau boleh nak letak widget banyak-banyak bagi meriah sikit blog sampai loading pun jadi berat. Serius bila singgah blog ni rasa sunyi sepi sendiri sangat. Ntah ada orang singgah ke tak, kalau singgah pun mungkin tersesat dari search google. Maklumlah dah lama tak update dan mungkin orang fikir owner dia dah berkubur.

Dan mungkin apa yang Sharul tulis orang tak berminat nak baca atau mungkin orang tak minat owner dia sebab dia nampak poyos. Itu Sharul sedar sebab tak semua apa yang kita buat orang suka dan ada juga perkara yang orang suka tentang perkara tersebut (artikel) tetapi terus jadi kurang suka sebab orang (pembaca blog) kenal owner (penulis blog) atas sebab-sebab tertentu seperti cemburu, tidak mahu orang lain berjaya, dan mungkin mereka rasa owner (penulis blog) nak tunjuk pandai.

Paling teruk bila orang yang cemburu itu adalah orang yang pernah Sharul tolong. Lagi padah bila mereka tidak tahu berterima kasih selepas ditolong. Apa punya golongan macam tu. Ini merupakan sesetengah tabiat orang melayu khususnya yang secara tidak langsung merugikan bangsa itu sendiri. Lepas ni Sharul kena hati-hatilah kalau nak tolong orang, tak nak buat kesilapan lagi. Ini mungkin berpunca dari sifat cemburu buta. Hehe ingat cinta je ada cemburu buta.

Ok tetapi bila difikir semula, adakah patut berlaku seperti itu? Selalunya bila seseorang itu sudah berjaya ke kemuncak orang sekeliling akan mula mendekati untuk menjadi sepertinya. Sharul nak nasihat kepada diri sendiri dan juga pembaca (jika ada yang membaca) supaya tidak mudah putus asa. Sebab selagi kita berusaha selagi itu ada jalan yang kita jumpa. Mungkin bukan sekarang, mungkin bukan esok tetapi mungkin di hari-hari akan datang di mana perkara itu akan datang dengan sendirinya dikala kita sedang berusaha.

Berbalik kepada cerita blogspot, Sharul dapat rasakan kelainan bila menulis di blogspot. Perasaannya tidak sama ketika menulis di wordpress. Memang ada benar kata seorang blogger ini yang berbunyi “Sekali anda guna wordpress dengan hosting sendiri, selepas itu anda tidak akan mahu guna blogspot lagi”. Bagi pendapat Sharul, mungkin ada benar pendapatnya, tetapi blogspot juga mempunyai kelebihan yang tersendiri selain ianya ringan, mudah difahami dan banyak lagi (tak caya, tanya pengguna-pengguna blogpsot yang lain)

Kepada yang menggunakan blogspot, teruskan berkarya dengan platform ini tetapi ada baiknya juga jika kita mencuba sesuatu yang baharu. Blogger selalu kaitkan antara blogspot dan juga wordpress, tetapi mereka lupa tentang Joomla, dan ramai pula yang tidak tahu mengenai CMS (Content Management System) yang lain seperti SilverStripe, ImpressPages dan banyak lagi CMS percuma yang Sharul tak nyatakan. Jadi jangan terlalu sempitkan fikiran, jangan terlalu mendominasikan perkara yang ada di depan mata sahaja. Jangan terlalu cemburu buta. Aish cemburu lagi..hehe

Sebenarnya di sini Sharul nak ucap terima kasih kepada orang-orang yang follow blog ini, kepada yang tak follow pun tak mengapa still bersyukur kerana sudi singgah dan membaca. Tersesat kat blog ni pun masih Sharul nak ucap terima kasih. Oh lupa pulak, Sharul pun nak ucap terima kasih pada individu ni yang banyak juga tolong Sharul dalam blogspot ni dulu. Beliau banyak beri nasihat dan paling best beliau pernah promote blog ini dulu (Thanks yaaaw!). Sharul orang tolong memang tak akan lupa sampai bila-bila.

Walaupun blog ini tak popular langsung, tetapi ia banyak mengajar Sharul dalam dunia blogging. Setiap hari ada saja perkara yang baharu yang Sharul belajar kerana lagi banyak kita belajar lagi banyak yang kita tak tahu kerana adanya sifat ingin tahu berinfiniti. Hari demi hari skill makin meningkat dengan usaha yang kita lakukan, I'Allah. Jam menunjukkan 03:35 am, sangat sesuai untuk melabuhkan tirai.

4 comments:

  1. karatedo btol r..
    npe xde bende menarik pong lpas right click pic tu..=,=

    ReplyDelete
  2. Eh ada pon ko,
    igt sibuk dgn aktiviti permotoran..hehe

    yeke xde.. gmbr tren bergerak lah

    ReplyDelete
  3. dulu, memang blogspotlah segalanya, tapi bila dah ada dotcom ni, keutamaan dah lari. tapi setuju, blogspot lebih ringan. :)

    ReplyDelete
  4. haha..
    ok2..dh nmpk tren b'gerak..
    chare yaawww..
    keep it up..:D

    ReplyDelete