Wednesday, May 4, 2011

Oh Blogspotku Yang Comel

Tajuk pun dah macam awek tulis blog. Bila masuk blog ni rasa macam dah lama sangat tak singgah. I miss u blogspot. Bila tengok balik blog ni rasa macam comel pun ada dah macam owner blog ni huhu. Sesekali teringat di awal blog ini dibina, bukan main semangat lagi Sharul buat. Sharul? haha, kat blog ni mesti guna Sharul sebab ini bukan nizamghazi punya blog okay. Sekarang 03:29 am, masa yang sangat sesuai untuk menulis.

Dulu bukan main perah otak macam mana nak bagi lawa blog ni terutama di bahagian banner sampai tak cukup tidur kot. Kalau boleh nak letak widget banyak-banyak bagi meriah sikit blog sampai loading pun jadi berat. Serius bila singgah blog ni rasa sunyi sepi sendiri sangat. Ntah ada orang singgah ke tak, kalau singgah pun mungkin tersesat dari search google. Maklumlah dah lama tak update dan mungkin orang fikir owner dia dah berkubur.

Dan mungkin apa yang Sharul tulis orang tak berminat nak baca atau mungkin orang tak minat owner dia sebab dia nampak poyos. Itu Sharul sedar sebab tak semua apa yang kita buat orang suka dan ada juga perkara yang orang suka tentang perkara tersebut (artikel) tetapi terus jadi kurang suka sebab orang (pembaca blog) kenal owner (penulis blog) atas sebab-sebab tertentu seperti cemburu, tidak mahu orang lain berjaya, dan mungkin mereka rasa owner (penulis blog) nak tunjuk pandai.

Paling teruk bila orang yang cemburu itu adalah orang yang pernah Sharul tolong. Lagi padah bila mereka tidak tahu berterima kasih selepas ditolong. Apa punya golongan macam tu. Ini merupakan sesetengah tabiat orang melayu khususnya yang secara tidak langsung merugikan bangsa itu sendiri. Lepas ni Sharul kena hati-hatilah kalau nak tolong orang, tak nak buat kesilapan lagi. Ini mungkin berpunca dari sifat cemburu buta. Hehe ingat cinta je ada cemburu buta.

Ok tetapi bila difikir semula, adakah patut berlaku seperti itu? Selalunya bila seseorang itu sudah berjaya ke kemuncak orang sekeliling akan mula mendekati untuk menjadi sepertinya. Sharul nak nasihat kepada diri sendiri dan juga pembaca (jika ada yang membaca) supaya tidak mudah putus asa. Sebab selagi kita berusaha selagi itu ada jalan yang kita jumpa. Mungkin bukan sekarang, mungkin bukan esok tetapi mungkin di hari-hari akan datang di mana perkara itu akan datang dengan sendirinya dikala kita sedang berusaha.

Berbalik kepada cerita blogspot, Sharul dapat rasakan kelainan bila menulis di blogspot. Perasaannya tidak sama ketika menulis di wordpress. Memang ada benar kata seorang blogger ini yang berbunyi “Sekali anda guna wordpress dengan hosting sendiri, selepas itu anda tidak akan mahu guna blogspot lagi”. Bagi pendapat Sharul, mungkin ada benar pendapatnya, tetapi blogspot juga mempunyai kelebihan yang tersendiri selain ianya ringan, mudah difahami dan banyak lagi (tak caya, tanya pengguna-pengguna blogpsot yang lain)

Kepada yang menggunakan blogspot, teruskan berkarya dengan platform ini tetapi ada baiknya juga jika kita mencuba sesuatu yang baharu. Blogger selalu kaitkan antara blogspot dan juga wordpress, tetapi mereka lupa tentang Joomla, dan ramai pula yang tidak tahu mengenai CMS (Content Management System) yang lain seperti SilverStripe, ImpressPages dan banyak lagi CMS percuma yang Sharul tak nyatakan. Jadi jangan terlalu sempitkan fikiran, jangan terlalu mendominasikan perkara yang ada di depan mata sahaja. Jangan terlalu cemburu buta. Aish cemburu lagi..hehe

Sebenarnya di sini Sharul nak ucap terima kasih kepada orang-orang yang follow blog ini, kepada yang tak follow pun tak mengapa still bersyukur kerana sudi singgah dan membaca. Tersesat kat blog ni pun masih Sharul nak ucap terima kasih. Oh lupa pulak, Sharul pun nak ucap terima kasih pada individu ni yang banyak juga tolong Sharul dalam blogspot ni dulu. Beliau banyak beri nasihat dan paling best beliau pernah promote blog ini dulu (Thanks yaaaw!). Sharul orang tolong memang tak akan lupa sampai bila-bila.

Walaupun blog ini tak popular langsung, tetapi ia banyak mengajar Sharul dalam dunia blogging. Setiap hari ada saja perkara yang baharu yang Sharul belajar kerana lagi banyak kita belajar lagi banyak yang kita tak tahu kerana adanya sifat ingin tahu berinfiniti. Hari demi hari skill makin meningkat dengan usaha yang kita lakukan, I'Allah. Jam menunjukkan 03:35 am, sangat sesuai untuk melabuhkan tirai.

Tuesday, March 29, 2011

20 Jenis Handwritten Fonts Terbaik

Bagi sesiapa yang meminati typography dan ingin mencari font yang nampak cool, ini merupakan hadiah terbaik untuk korang. Sharul nak share font-font yang bertulisan tangan yang memang sangat stylolah kalau nak buat web designing/graphic/photoshop atau untuk blog seperti banner dan sebagainya. Jadi tunggu apa lagi, download sekarang and don't forget to say thanks yaaww.






Truffle-Shuffle


Jellyka Castle’s Queen

Windsong

JaneAusten

Mighty to Save

Quickie

VTKS SummerLAnd

Rebuffed

AtlandSketches BB

ROSE TATTOO

PEIXEFRITO

2Peas Goofball

Jellyka – Estrya’s Handwriting

Jellyka, End_less Voyage

Sunday, March 13, 2011

Anime tertangguh kerana Tsunami

Seperti yang Sharul jangkakan beberapa anime dari Japan terpaksa ditangguhkan buat seketika akibat bencana tsunami di sana. Maklumat ini Sharul dapat dari sebuah blog darklegends60mb yang merupakan platform favourite (dari dulu lagi) yang selalu Sharul masuk untuk download anime-anime terbaik dari Japan. Kelainan darklegends60mb berbanding web atau blog-blog lain adalah blog tersebut telah convert saiz-saiz anime menjadi kecil. Sebagai contoh, jika korang sedut dekat Taka fansub, contohnya untuk download Naruto Shippuuden, saiz di sana masih raw iaitu dalam 170MB dan keatas, tetapi di darklegends60MB saiz yang dorang provide dikecilkan menjadi 60MB, so boleh jimat masa download dan HD korang.

Berbalik kisah mengenai penangguhan anime, Sharul sebenarnya agak rindukan watak dan cerita-cerita dalam anime yang Sharul sukakan. Ini kerana dengan adanya anime ini hidup Sharul menjadi lebih ceria dan bermakna sebagai seorang manusia paranoid. Pernah suatu ketika dulu Sharul berharap akan dapat hidup di dalam dunia anime bersama watak-watak kesayangan Sharul. Sharul rasa, sure ada dikalangan yang membaca program Sharul ni pernah terfikirkan perkara yang sama. Ini boleh dibuktikan dengan kewujudan event Cosplay yang dimana mereka sanggup dan suka meniru penampilan watak kesayangan mereka, tapi Sharul belum sampai tahap tu lagi lah, kalau ada pun Sharul tak tahu mana satu watak yang sesuai dengan gaya dan muka Sharul.
Jika korang ada melayari Youtube atau membaca mana-mana artikel di Internet, pasti korang akan terjumpa statement mengenai tsunami disebabkan kuasa Whitebeard (Tremor-Tremor fruit) atau Blackbeard yang mengambil kuasa Whitebeard. Bila baca rasa macam nak cakap (a' ah betul jugak), sebab Whitebeard dalam Anime One Piece mempunyai kuasa menghasilkan tsunami. Tapi Sharul bukanlah percaya, just hanya untuk suka-suka hanya kerana menghilangkan rasa duka penangguhan anime ini. Antara anime-anime favourite Sharul termasuklah One Piece, Naruto Shippuden, Bleach, Amagami, FMA, Ergo Proxy dan banyak lagi lah yang tak mungkin larat Sharul masukkan semuanya. Tapi Sharul yakin penangguhan ini takkan begitu lama kerana orang Japan sangat berdisiplin, mereka cepat bangkit walaupun negaranya pernah musnah di bom suatu ketika dulu, gempa bumi sana sini namun mereka tetap cepat membangun. I just want to say that I miss you all. Thanks you for being my good friend over the years, I will wait for you all no matter how long it was. I promise.


Friday, March 11, 2011

Kenapa Copy and Paste


.
Lagu untuk Si Peng Copy

Bila sebut tentang kopi dan susu, eh silap copy and paste, pasti korang teringatkan tentang tugasan/assignment kan?ya betol dan betol. Program kali ni Sharul nak sentuh pasal masalah ni. Memang sekarang ni tabiat ni dah menjadi penyakit  berjangkit masyarakat di Malaysia khususnya dan amnya tidak kiralah bagi yang sedang belajar mahupun sedang bekerja.

Sharul bukannya nak cakap yang Sharul tak pernah copy and paste, mestilah pernah, tapi copy yang beragak-agak lah. Kita copy untuk belajar sesuatu dari sumber atau orang yang kita copy tu dan cuba berusaha untuk melakukan sesuatu kerja yang baru dan inovatif, ianya boleh dianggap sebagai idea permulaan. Kita si peng copy mungkin akan cakap "ala relakslah, copy sikit je pun, nak usha-usha je, nanti kitaorang edit-editlah sikit, janganlah kedekut." Oh edit sikit-sikit katanya, tapi bagaimana pula kalau hasil kerja kita di copy.

Cuba bayangkan kalau korang buat kerja/tugasan yang memerlukan perahan otak tahap maksimum atau perlukan kajian dan pencarian yang tahap korang memang takda masalah nak berdating atau nak hang out dengan kawan-kawan. Dan tiba-tiba suatu hari hasil kerja korang diminta untuk dicopy atau group korang mintak hasil kerja yang selama ni korang buat macam nak gila sorang-sorang atas alasan kata mereka "bagilah wei, nanti nak present sama-sama macam mana kalau source code takda." Dan kalau tak bagi mulalah kecik hati dan muncung tahap tapir cari makanan. Tapi disebabkan kawan-kawan kadang-kadang kita boleh TERkesian dan TERbagi. Tapi pernah tak kawan-kawan kesian kan kat kita yang..(ha..sambung sendiri ayat)

Dalam masalah ini, selalunya orang yang rajin atau pandai selalu menjadi mangsa keadaan. Sharul dah lali dengan masalah ini. Boleh dikatakan dari dulu lagi Sharul hadapinya dan tak tahu macam mana nak elak dari berlakunya lagi. Mungkin jiwa Sharul ni lembut bak sutera kot, cepat kesian kan orang dan terlupa untuk kesiankan diri sendiri. Bagi korang yang alami masalah yang sama cepat-cepatlah berdoa agar dijauhi kaum-kaum yang malas, hanya tahu menangguk di air yang keruh. Ingatlah pesan Sharul, kawan bukan selamanya kawan, bila senang mereka datang, bila pandai mereka ada, tapi bila susah dan bodoh mereka campak dan pinggirkan kita. Sekian dari Sharul yang aarrgghhh!! coopppyy!!!!